Kelas Asas Komputer & Asas Microsoft Words serta Advokasi KDB

29 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Peserta telah diperkenalkan dengan komputer dan internet.

Selain itu, peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan Microsoft dengan membuat biodata diri. Peserta telah di ajar mengedit MS Words. Selain itu, peserta juga di ajar membuat timetable atau jadual harian.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Teknologi dan Anda. Ia bertujuan untuk mendidik peserta supaya mengetahui mengenai kepentingan teknologi internet dan komputer pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali